MFT

MFT

Sabtu, 12 September 2015

Aku berhenti sayang.

 Perkenalan dalam keadaan yang sangat rumit.Bukan disengajakan untuk jatuh cinta.Jarak dan masa itu bukan alasan utk timbul rasa sayang.

Kisah kami tidaklah istimewa,namun sgt berharga bagi lelaki seperti aku.Bukan sekali ini aku bercinta.Bukan sekali ini aku bermain hati.Tapi sekali inilah aku jalani rasa cinta yang amat unik dan tak pernah aku lalui sebelum ini.

Masih ingatkah dia pada mulanya kami seperti mempunyai cita rasa yg sama.Mungkin secara kebetulan atau sudah memang serasi.Dia dalam keadaan yg amat sedih sebab pada masa itu  berpisah dgn sang suami yg mengkhianati dia.Pada mulanya aku hanya berniat hendak membantu dalam permasalahan mereka.Namun jodoh itu tak memihak pada hubungan mereka.Perasaan itu tidak boleh dijual beli.Begitu lah juga yg aku alami.Perasaan aku pada dia bukan dibeli atau diada-adakan.Singkat sungguh masa aku beri perasaan jatuh cinta.Tapi itu bukan kehendak.aku.Perasaan bukan urusan aku.

Sekian lama menjalani hubungan percintaan,aku rasa sangat bahagia.Sehinggakan pada mulanya aku kurang mesra dgn adik beradik sampailah aku mesra dgn adik-adik aku,itu semua sebab kehadiran dia yang membawa sinar dalam hidup aku.

Seperti cerita cinta sedih,akhirnya aku alami suatu keadaan yg amat perit dan sukar aku harungi.Aku seakaan mati bila dia mula berubah.Kemesraan yg dulu sedikit demi sedikit pudar.Aku tak tahu mana silap aku.Mungkinkah aku terlalu sayangkan dia.

Mengapa disaat aku mulai berikan seluruh kasih sayang aku,dia berundur.Disaat aku sungguh-sungguh cintai dia.Disaat aku menerima dia apa adanya dgn ikhlas,dia menoleh kebelakang.Aku akui dia lah wanita pertama yg membuat aku menangis.Tapi aku tak pernah salahkan ia.Mungkin semua ni salah aku sebab berikan sepenuhnya kasih sayang seperti menganggap dialah isteri aku.

Banyak kenangan manis yg kami lalui.Makan bersama,Ketawa mengilai bersama,berniaga bersama,dia menangis aku biarkan supaya rasa sedih dia lepaskan semua.
Aku merajuk tapi aku abaikan semua demi dia,sebab dialah segalanya bagi aku.Aku korbankan masa aku demi dia walaupun dia tak pernah bertanya.Aku diamkan demi dia.Agaknya masihkah dia ingat pada saat dia minta ditemankan makan mee basah di sebuah restoran tepi jalan.Waktu itu aku berada di kampung.Tapi aku berbohong semata-mata mahu temankan dia.Baju penuh lumpur sebab hujan renyai dan terus bergegas pergi utk temankan dia.Namun aku bagi alasan bantu kawan buat motor.Itu semua demi dia.Aku ikhlas.

Mungkin aku harus berhenti,bukan sebab aku putus asa,tapi sebab mahu dia bertenang dan berehat.Walaupun dia sedang memainkan hati aku dgn memberi harapan pada aku.Aku tak marah sayang.Aku redha jika ini kemahuan dia.Besar sungguh cinta aku kali ini.Aku pernah berjumpa dgn ayah bonda dia,itu sebab aku bersungguh-sungguh.

Mencintai dia yang mencintai yang lain.Itu adalah sebuah lagu peribadi yg pernah aku cipta.Hati siapa yg tak sedih bila org yg sangat disayang tapi sedang memikirkan org lain.Kalau boleh aku hendak dia tahu bahawa hati aku berkata lupakan dia dan pilihlah aku sebab dia tak sehebat cinta aku.Tapi aku tak boleh memaksa hati org.Aku mahukan cinta yg ikhlas.

Mungkin ini adalah ujian bagi aku.Allah mahu aku berfikir bahawa mencintai manusia tidak akan kekal.Aku redha atas apa yg terjadi.Dan aku berterima kasih pada dia sebab hidupkan aku kembali.Andai jodoh kami,maka bertemu lah kami kembali.Dan aku mohon dalam doaku,Allah jagalah dia.Jauhi dia dari segala kejahatan dunia.Aku ingin menjaga dia,namun tidak berkesempatan.

Aku tetap beri pintu utk dia di dalam hatiku sampai bila-bila.Ini sahaja yang mampuh aku beri.Cinta yang amat besar utk dia.Itulah dari hati kecil aku.

Tuhan jagakan dia untuk aku.